Sunday, September 27, 2015

Cuti sekolah...

Bismillahirrahmanirrahim...



Cuti sekolah pun tiba akhirnya. Cuti sekolah ini saya dan keluarga pergi ke Port Dickson.

Kami pergi pada hari khamis, sampai je kat situ sunyi je takde orang.

Masa takde orang tu saya mandi sepuas-puasnya,dari petang sampai nak dekat senja.

Tapi rasa la boring, takde orang, malam-malam bilik kitaorang je yang menyala.

Esoknya hari jumaat. Saya mandi lagi puas-puas. Lepas je solat jumaat.

Saya balik je tengok-tengok kolam terus penuh, tak dapat nak bebas mandi lagi. Hmm...

Baru saya dapat beza, ada orang lagi best ke / masa takde orang lagi best.

Pilih...  kalau saya, saya pilih (a)

Tengok manusia memang tak pernh puas dengan apa yang diberi...


Assalamualaikum...  

        





Sunday, September 6, 2015

Balai Bomba dan penyelamat Putrajaya.

Bismillahirrahmanirrahim,

Best nya kali pertama saya dapat pergi balai bomba.
Dekat situ ada ibu pejabat balai bomba malaysia.
Kami diajar oleh abang Nazir, salah seorang anggota bomba di situ.
Baru saya tahu yang bomba mula beroperasi di malaysia pada tahun 1883.
Kami pun diajar cara untuk memadamkan api tanpa menggunakan alat pemadam api.
Yang peliknya kenapa dekat semua negeri ada banyak balai bomba, cuma dekat Putrajaya
je yang ada satu balai sahaja.

Saya juga dapat rasa bagaimana abang-abang itu memadamkan api.
Sebelum saya terlupa, dulu nama balai bomba ialah Balai bomba
perkidmatan malaysia.



gambar dari fb akademi quran al-fawwaz

Saya ada beberapa nasihat untuk anda...

1] Api bukan mainan.
2] Pastikan ahli keluarga anda tahu cara menyelamatkan diri.
3] Elakkan tragedi.

Ini saja perkongsian saya kali ini.
Assalamualaikum.

Sunday, August 16, 2015

Kembara Ku Di Turki [Part Akhir]

Bismillahirramanirrahim,

Kali ini saya akan menceritakan muzium mana yang kami pergi.

1]Muzium Panorama
2]Muzim Tentera

1]Muzium Panorama ialah muzium yang kedua dibina selepas muzium tentera. Di sana  kita boleh lihat bagaimana Sultan Al-Fateh menakluk kota konstantinopel. Dan kita dapat juga lihat kuda yang Sultan gunakan untuk peperangan dan banyak lagi. Lagi satu  tapak binaan muzium ini adalah tempat Hasan ulubati memacak panji di atas benteng konstantinopel.






2]Muzium Tentera pula terdapat saiz sebenar meriam urban yang digunakan oleh tentera muslimin, kita boleh lihat wajah-wajah sultan-sultan sebelum  dan selepas Al-Fateh,dan kami berkesempatan juga menyaksikan persembahan mehter band.





Itulah sedikit sebanyak perkonsian daripada saya untuk kali ini.

Nak tau lebih lanjut sila buka blog mak saya
Assalamualaikum...

Saturday, August 1, 2015

Kembara Ku Di Turki [part 2]

Bismillahirrahmanirrahim,

Di part 2 ini saya akan menceritakan tentang masjid-masjid yang kami pergi.
1] Masjid Abu Ayup Al-Ansari
2] Masjid Sultan Ahmad.

Kali ini saya akan memperkenalkan 2 masjid sahaja, yang lain di kemudian hari  ye.

1] Masjid Abu Ayup Al-Ansari  telah dibina  oleh Sultan Muhammad Al-Fateh untuk mengingati pengorbanan sahabat nabi yang bernama Abu Ayup Al-Ansari. Dikatakan  syeikh syamsudin telah bermimpi terjumpa tapak kaki Abu Ayup Al-Ansari di dalam hutan. Dan selepas saja berita itu dikhabarkan kepada sultan. Sultan Muhammad A-Fateh, syeikh syamsudin dan juga tentera telah mengorek tempat yang terdapat tapak kaki Abu Ayup Al Ansari. Dan selepas mengorek sultan mengarahkan tenteranya supaya membina masjid di situ.



2] Masjid Sultan Ahmad ialah masjid yang terdapat 6 menara. dibina oleh arkitek mimar sinan, masjid yang dibina untuk menandingi gereja aya sofia, walaupun pada ketika itu gereja itu telah bertukar menjadi masjid. Tetapi sultan hendak menunjukkan bahawa binaan islam dapat menandingi binaan kristian, dan seolah-olah sultan Ahmad telah tahu bahawa aya sofia tak bertahan lama sebagai masjid dan sekarang aya sofia telah bertukar kepada muzium. Mari kita berdoa' supaya kita dapat dengar laungan azan di aya sofia. Amin...



Masjid Sultan Ahmad

AyaSofya


Assalamualaikum...


Friday, July 31, 2015

Kembara Ku Di Turki [part 1]

Bismillahirrahmanirrahim,

Kembara ni dah 2 bulan berlalu. sekarang saya hendak menceritakan pengalaman saya di Turki. Mungkin ibu saya pernah tulis benda yang sama di dalam blog nya, tetapi mungkin cara penulisannya berbeza.Saya taklah tulis sepanjang ibu saya. Saya tulis yang saya tak pernah lupa sahaja. Kami ke turki pada 22/5/2015-2/6/2015. Ia bermula selepas saja ibu saya beritahu saya berita yang saya tak jangka . Tentang ke turki.

Kami berlepas pada pukul 11 malam dan sampai di Ataturk international airport pada pukul 6 pagi [waktu turki]. Kami ada tiga bandar yang kami wajib pergi iaitu Bursa-Edirne-Istanbul. Saya rasa sangat teruja ketika  berada di sana, sebenarnya banyak lagi sultan yang saya tak tahu.Yang saya tahu hanyalah Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk konstantinopel. Sebenarnya ada 35 sultan lagi yang saya tak tahu. Saya sangat berterima kasih kepada Ustaz Muhammad Syaari kerana telah memberi ilmu kepada saya

Inilah pengenalan kembara ku di turki [part 1]
Sambunganya di [part 2]
Jangan lupa baca sambungannya ye
Assalamualaikum...


Nama Saya...

Bismillahirrahmanirrahim,

Nama saya adalah Hakim Naufal. Saya baru berumur 10 tahun. Saya bersekolah di Akademi Tahfiz Al-Quran Al-Fawwaz. Saya ialah blogger baru,  segala salah silap saya tolong betulkan ye. 

Hasrat saya untuk ada blog ini apabila saya baca blog mak saya ketika kami berada di istanbul dan aceh. Dan selepas saja saya baca  blog mak saya, saya terus menyimpan hasrat untuk ada blog. Sehingga pada suatu  malam, mak saya tanya saya soalan yang saya tertunggu-tunggu. Iaitu soalan mengenai blog, mak saya tanya adakah saya mahukan blog, saya pun menjawab yang saya mahukan blog, tetapi dengan satu syarat. Syarat itu ialah luruskan niat, jangan ada sifat riak atau sombong ketika menulis blog. hanya untuk memantapkan bahasa melayu saya. saya pun bersetuju.

Memandangkan sekolah saya pun belajar akademik seminggu sekali sahaja tu pun hanya 40 minit setiap mata pelajaran. Dan dengan sebab itulah mak saya pun buatkan saya  blog ini.Dan itulah sedikit sebanyak untuk perkongsian saya kali ini.Ucapan terakhir saya ialah... 


TERIMA KASIH MAMA...
Assalamualaikum...